Pelakon Yatt Hamzah akui dia sedang hamil dan kandungannya sudah memasuki trimester ketiga.

Yatt yang kini berada di tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah memberitahu dia melalui cabaran besar kerana dalam masa yang sama masih menyusukan anaknya yang baru berusia 11 bulan.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Yatt memberitahu ia bukan perkara yang mudah bila dibayangkan tetapi dia bersyukur apabila semuanya berada dalam keadaan baik bila di tanah suci.

Yatt memberitahu semua itu dipermudahkan oleh Allah dan dia telah dibantu ramai jemaah untuk mengangkat barang dan sebagainya.

Pesan Yatt kepada ibu-ibu yang sama situasi dengannya jangan bimbang untuk mengerjakan Umrah kerana dia percaya doa wanita hamil senang dimakbulkan.

Yatt dan suami, Mohd Zulfadli serta anaknya berada di tanah suci sejak 11 Disember lalu.

Ia perkahwinan kedua Yatt dan mereka disatukan pada 27 Februari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang bayi berusia 11 bulan yang diberi nama Suci Humaira Iqlima.

Yatt mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Suci Hanania Malika, 7.

Serius tak mudah bg ibu2 hamil especially yg dah masuk 3rd trimester utk travel jauh apatah lg buat ibadah Umrah dengan masih susukan bayi 11 bulan yg lasak teramat! Dulu sy tak boleh bayangkan, sekarang sy sdg alaminya..Amat mencabar! . Dengan kena angkut beg tangan sendiri, beg makanan baby dan beg sejadah! 3 beg skali angkut! Dengan dukung baby Iqlima jika dia meragam. Dengan melayan karenah Kak Nia yg kdg2 moody..Dengan melayan jemaah2 Malaysia, Brunei Singapore nak selfie lg! Hehehe.. . Macam penat macam susah kan..Percayalah bila saya kata, semua jadi mudah di sini! Wallahi Allah bantu sgt2 bila berada di sini! Akan ada saja bantuan yg dtg..Ramai yg offer nak bawa beglah, nak dukung anaklah..Ruang solat akan mudah terbuka walaupun dah bersesak dlm Masjid dg jemaah dr 1 dunia. Tapi Allah Maha Besar..Allah Maha Baik..Bersangka baik dan bergantunglah hanya pada Dia. Banyak2 doa, MAKBUL in shaa Allah! . So ibu2 dan bakal2 ibu, DON'T WORRY, BE HAPPY je di Tanah Suci Mekah & Madinah sbb doa dan usaha wanita hamil power di sini..Malaikat mendoakan setiap saat, Allah makbulkan setiap permintaan..Percayalah❤️ . TERIMA KASIH ALLAH. ALHAMDULILLAH. . #pregnant #6months #6monthspregnant #mother #umrah #umrahdec2017 #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on