Finalis GegarVaganza 4 (GV 4), Firman Siagian akui tidak terasa hati apabila gaya nyanyiannya disamakan seperti orang mabuk.

Menurut Firman, setiap penyanyi mempunyai gaya tersendiri untuk menyampaikan lagu ketika melakukan persembahan.

“Saya rasakan setiap penyanyi mempunyai pelbagai rujukan tentang cara mahu pun gaya nyanyian masing-masing.

“Sebagai contoh, saya banyak mengambil rujukan daripada vokalis kumpulan rock popular U2, iaitu Bono.

“Saya amat mengagumi vokalnya dan juga caranya yang bertenaga ketika dia menyampaikan sesebuah lagu di atas pentas.

“Jadi mungkin itu yang membuatkan sedikit sebanyak gaya nyanyian saya dipengaruhi Bono.

“Tak kisah orang nak kata apa, tak mengapa sebab bagi saya setiap penyanyi ada keunikannya tersendiri,” ujarnya.

Firman ditemui selepas konsert separuh akhir GV 4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Dalam pada itu, untuk konsert akhir GV 4, Firman bakal menyampaikan dua buah lagu iaitu ‘Drama King’ dan ‘Tepi Sikit’ untuk pusingan ‘battle’.

“Agak mencabar untuk menyanyikan lagu ‘Tepi Sikit’ kerana saya tidak tahu sama sekali tentang lagu tersebut.

“Tapi ini adalah pertandingan dan saya akan lakukan sebaik mungkin. Buka Youtube, belajar dan hafal lirik.

“Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

[[BACA: INI FINALIS & MARKAH PENUH KONSERT SEPARUH AKHIR GEGARVAGANZA 4!]]

[[ BACA: ‘RECAP’ KOMEN JURI & PERSEMBAHAN MALAM KONSERT SEPARUH AKHIR]]

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Foto: Instagram @firmansiagian_jimijangkrix

Teks oleh: Mya Amri