Pelakon drama Syurga Yang Kedua, Elizad menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hubungannya dan suami, Shamsul Baharin Rahman mempunyai masalah.

Menurut Elizad, spekulasi itu timbul mungkin disebabkan dia terlalu fokus dalam kerjaya dan jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadi di media sosial.

“Hubungan kami okay, tiada masalah pun. Saya dan suami sudah seperti sahabat dan kami juga berkongsi minat yang sama.

“Saya bukan jenis yang suka lepak tak tentu hala. Kalau habiskan masa terluang pun selalunya dengan suami, itu yang orang tak nampak.

“Disebabkan komitmen saya pada kerja, saya tahu ramai yang ingat hubungan kami ada masalah tetapi sebenarnya tidak,” katanya.

Elizad ditemui selepas majlis pelancaran drama adaptasi sinetron Indonesia, Syurga Yang Kedua baru-baru ini.

Dalam pada itu, Elizad menjelaskan walaupun sibuk dengan kerja namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

“Suami saya memang tidak makan di luar jadi sebagai seorang isteri, saya akan menyediakan makanan untuk dia sebelum bekerja.

“Suami saya memang tidak makan di luar, jadi saya akan masak dan simpankan di dalam peti ais. Bila dia pulang dari kerja, adalah sesuatu untuk di makan.

“Saya percaya masak dengan menggunakan air tangan kita sendiri akan membuatkan suami gembira.

"Kami juga jarang berjumpa disebabkan jadual penggambaran tidak sama dengan waktu dia bekerja.

“Walaupun kadang-kadang habis penggambaran lewat malam, saya tetap akan bangun pagi untuk masak.

“Sebab saya fikir kalau kita boleh ‘all out’ untuk berlakon tetapi kenapa tidak untuk suami, betul tak?

"Saya juga bersyukur kerana memiliki suami yang sangat memahami,” jelasnya.

Selain Elizad, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.

Syurga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) jam 6 petang ini.

Haaaa ! Sabrina dengar apa tu ? Apa yang umi cakap pada Daniel tu ??? @azizakazan . Jommm sama2 tgkkk petang ni ! #Repost @bambam_studios ・・・ Sabrina terdengar sesuatu yang tak dijangka. Mulai hari ini bersama Daniel, Sabrina & Vivvy Saksikan arus rumah tangga mereka dalam #syurgayangkedua Isnin - Jumaat 6.00petang Astro Prima 105 Astro Maya HD 135 @zarulumbrella as Danial @elizadsharifuddin as Sabrina @fashasandha as Vivvy #syurgayangkedua #astroprima #astromayahd @elizad_team

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Foto: IG @elizadsharifuddin

Teks oleh: Mya Amri