Nampaknya pelakon-pelakon lelaki yang namanya ‘naik’ sebelum ini dah boleh tarik nafas lega. Atau mungkin rasa ‘menyirap’ sebab tak pasal-pasal dikaitkan dengan cerita tak sedap didengar.

Eh! Sebelum Miss K teruskan ni, korang ingat lagi ke tak kontroversi mengenai kononnya pelakon lelaki hamilkan seorang wanita.

Wanita tersebut dah buat pengakuan yang anak dalam kandungannya itu bukan daripada benih mana-mana artis pun.

Fuhhhh! Miss K pun lega selepas terbaca mengenai pengakuan wanita tersebut di sebuah blog hiburan sekejap tadi.

Wanita tu kata, dia dah buat ujian DNA bapa kepada bayi dalam kandungannya juga sudah dikenal pasti.

Aduhai...kasihan pula Miss K dengan beberapa pelakon yang dituduh sebelum ini seperti Syafiq Kyle, Idris Khan, Raja Afiq dan yang lain-lain tu.

Disebabkan tuduhan melulu seorang wanita, nama mereka ‘busuk’.

Bersabarlah hero-hero Malaya ku sekalian, kerana wanita tersebut sudahpun memohon maaf sebab kenyataannya tempoh hari telah menyebabkan you allsTERfitnah’.

Miss K harap hero-hero kesayangan Miss K dan gadis-gadis Malaya di luar sana dapat sama-sama memaafkan wanita tersebut ya.

Dia betul-betul menyesal sebab dah buat tuduhan terburu-buru sehingga memberi persepsi buruk kepada you alls semua. Lagipun dia dah tak mahu perbesarkan hal tersebut kerana ingin memulakan hidup baru.

Katanya, dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima dirinya seadanya!

Alhamdulillah, lain kali jaga-jaga buat kenyataan dikkk..Haru-biru dibuatnya!

Miss K: Betul ke artis wanita popular itu ‘caras’ suami orang lagi? Dengarnya suami orang tu pun popular juga...Hmmm...Tak serik-serik!

Psssttt...ada cerita menarik nak kongsi dengan Miss K? E-mel ke [email protected]