Nak Sihat & Kekal Fit Seperti Adery Chin? Ini Cara Paling ‘Simple’

11 Disember 2017. 8.27 PM
1,117
Gaya Hidup
Nak Sihat & Kekal Fit Seperti Adery Chin? Ini Cara Paling ‘Simple’
Untuk memiliki bentuk badan yang menarik dan sasa seperti pelakon drama bersiri online Mata Cinta, Adery Chin bukanlah satu perkara yang mudah.
 
Malah ia memerlukan tahap kesabaran tinggi dari segi penjagaan pemakanan untuk mengawal jumlah kalori yang diambil selain berdedikasi terhadap senaman yang dilakukan.
 
Dua perkara itu amat penting untuk memastikan hasrat memiliki badan berotot tercapai.
 
Bagaimanapun jangan putus asa, kami kongsikan empat tips mudah yang boleh dicuba:
 
Minum Sebelum Makan



Perkara paling mudah untuk diamalkan, biasakan diri anda untuk minum segelas air terlebih dahulu sebelum makan kerana ia akan membuatkan perut berasa lebih kenyang.
 
Guna Piring Ukuran Kecil



Dengan menggunakan taktik ini secara tidak langsung anda telah berjaya mengurangkan sebahagian kuantiti makanan.
 
Lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, tak mungkin anda mahu meletakkan makanan setinggi gunung dalam piring berukuran kecil kan? Sudah pasti anda akan menerima ‘hadiah’ jelingan tajam daripada tetamu yang hadir. Hihihi
 
Jangan Malas Bergerak



Kalau boleh parkir kereta di tempat letak kereta yang agak jauh dari pejabat. Kalau anda bukan jenis yang gemar ke pusat kecergasan, inilah masanya untuk  melakukan sedikit senaman dengan berjalan kaki. Janganlah terlalu malas, awas ya!
 
Nak Kekal Fit, Cubalah Horleys Mass



Pengambilan makanan tambahan, Horleys Mass amat sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak aktif dan rajin melakukan senaman berat.
 
Horleys Mass mengandungi nutrisi baik untuk keperluan badan selain membantu melegakan kembali otot-otot yang tegang selepas melakukan sesi senaman berat.
 
Menariknya, makanan tambahan ini juga boleh didapati dalam tiga perasa iaitu Vanilla Deluxe, Double Chocolate dan Banana Split. Sedap bukan?
 
Dapatkan Horleys Mass hanya di Watsons seluruh Malaysia sekarang.
 
Layari WATSONS untuk info lanjut.
 
Jangan lupa juga untuk menyaksikan Mata Cinta yang disiarkan secara eksklusif menerusi platform digital www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak.
 
Selain Adery Chin, Mata Cinta juga dibintangi oleh Juliana Evans, Julien Buteau, Syamim Farid, Aush Abdul, Sasha Saidin dan Dynas Mokhtar.

Foto: Instagram @aderychin / website Mata Cinta