Pelakon Min Hyo Rin akui masih lagi menjalinkan hubungan cinta bersama anggota kumpulan BIGBANG, Taeyang.

Menurut Min Hyo Rin, lirik lagu terbaru Taeyang berjudul ‘Darling’ tidak ada kaitan dengan dirinya.

“Saya juga ada mendengar gosip mengenai hubungan cinta kami, di sini saya ingin jelaskan kami berdua masih lagi bersama.

“Secara jujurnya saya juga agak terkejut dengan dakwaan itu kerana kami berdua tidak pernah berpisah.

“Saya rasa spekulasi itu timbul disebabkan lagu ‘Darling’ kerana liriknya menceritakan tentang putus cinta,” katanya.

Min Hyo Rin menjelaskan tentang perkara itu dalam satu temu bual baru-baru ini.

Dalam pada itu, aktres ini juga memberitahu kurang selesa untuk membicarakan tentang hubungannya bersama Taeyang secara terbuka.

“Saya tidak kisah untuk bercerita mengenai teman lelaki sekiranya dia bukan orang yang terlibat dalam industri.

“Bagaimanapun disebabkan dia merupakan seorang idola dan juga mempunyai anggota kumpulan lain, saya perlu lebih bertimbang rasa.

“Selain itu juga harus lebih berhati-hati dan menjaga pertuturan saya,” ujarnya.

Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015. Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2013 ketika menjalani rakaman video muzik.

Sumber: Soompi