Pelakon Ungku Hariz membuat kejutan untuk isterinya, pelawak dan pengacara Jihan Muse yang sedang sarat hamil.

Memandangkan Jihan cuba mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam menu sehariannya dan pada masa yang sama mendapatkan nutrisi untuk menyokong kehamilannya, Hariz mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu yang istimewa untuk Jihan.

Dengan Anmum Materna, Hariz menunjukkan sisi kreatif menggunakan susu rumusan penuh nutrisi itu yang dikisar bersama hirisan mangga segar untuk dijadikan 'mango smoothie'.

Anmum Materna merupakan satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak yang dirumus khas untuk wanita hamil. Probiotik DR10™ yang boleh didapati dalam Anmum Materna juga telah diuji secara klinikal untuk meningkatkan kesihatan usus.

Anmun Materna memberi nutrisi dan tenaga kepada Jihan yang masih aktif bekerja biarpun sedang sarat mengandung.

Dengan hanya meminum dua gelas sehari, Anmum Materna memberikan nutrien penting seperti Kalsium, Folat dan Zat Besi untuk menyokong kehamilan Jihan.

Adakah resipi 'mango smoothie' ciptaan Hariz menjadi? Apakah komen Jihan apabila menikmati minuman hasil air tangan suaminya?

Anda juga boleh mendapatkan recipe Mango Smoothie Anmum Materna di www.anmum.com.my.

Semuanya dapat disaksikan dalam Hi Mommy Jihan! Jangan lupa menonton rancangan terbaru ini bermula 7 Disember 2017, setiap Khamis dan Jumaat pada jam 9 malam di laman YouTube MeleTOP.

Anda juga boleh menonton Hi Mommy Jihan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 11 Disember 2017, setiap Isnin pada jam 10.55 malam. Jika anda terlapas menyaksikan episod baru. Tak perlu risau jika anda terlepas pada hari Isnin, anda masih boleh menyaksikan ulangannya pada hari Jumaat pada 7.55 petang.

Teks oleh: Kamaruddin Razal