Amir Terkejut Dinobat Sebagai Juara AF2016

10 Oktober 2016. 12.05 AM
162,151
Hiburan
Amir Terkejut Dinobat Sebagai Juara AF2016

Pelajar berasal dari Selangor, Amir dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2016 (AF2016). 

Kemenangan itu sekaligus menepati ramalan peminat AF2016 yang berbicara mengenai juara pilihan mereka menerusi laman sosial sejak semalam lagi.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, telah menewaskan saingan terdekat iaitu Amal dan Reshma yang juga merupakan antara peserta yang dijangka bergelar juara. 

Dengan kemenangan ini, Amir telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, kredit membeli-belah sebanyak RM 5000 tajaan 11street dan sebuah trofi.

Amir telah menyampaikan lagu single terbarunya, Pemilik Cinta ciptaan Hang Nadin dan lagu cover berjudul Romantis nyanyian asal Kumpulan Spring.

Selain itu, pelajar berusia 20 tahun itu juga turut menerima Anugerah Fantasi Dherbs sekaligus membawa pulang wang tunai RM5000.

Manakala naib juara, Amal memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, kredit membeli-belah sebanyak RM4000 tajaan 11street dan sebuah trofi.

Reshma selaku pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, kredit membeli-belah sebanyak RM3000 tajaan 11street dan sebuah trofi.

Sementara itu pemenang tempat keempat Ara menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan tempat kelima, Afi membawa pulang RM 5000.

Hadiah disampaikan oleh pengetua AF2016, Datuk Shake.

Konsert Akhir AF2016 telah bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Artikel Berkaitan


Komen