Bintang Bollywood terkemuka, Priyanka Chopra menduduki tempat pertama dalam carta 50 Sexiest Asian Women 2017 (50 Wanita Paling Seksi di Asia 2017).
Ini adalah kali kelima ‘Desi Girl’ itu dinobat gelaran 'Wanita Paling Seksi di Asia' dalam carta yang dikeluarkan setiap tahun oleh Eastern Eye.
Priyanka juga mengalahkan bintang Bollywood Deepika Padukone dalam tinjauan berundi itu.
Deepika meduduki tempat ketiga manakala Nia Sharma dan Alia Bhatt menduduki tempat kedua dan keempat masing-masing.
Priyanka menerusi akaun Instagramnya, mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, pengikut setianya dan Eastern Eye.
Sebelum ini, Priyanka tersenarai dalam Forbes's List of 100 Most Powerful Women (Senarai 100 Wanita Paling Berkuasa) pada tempat ke-15 dalam senarai Hiburan dan Media.
Priyanka juga pernah memenangi People’s Choice Awards dua kali bagi lakonannya dalam siri televisyen popular Amerika, Quantico.
Pada ketika ini, Priyanka berada di New York untuk merakam musim ketiga Quantico yang dijangka ditayangkan pada 2018.
Sumber: Astro Awani
Foto: Vouge.in
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita