Neelofa & Fattah Amin Dilanda Cinta Lokasi?

10 Oktober 2016. 1.37 PM
106,540
Hiburan
Neelofa & Fattah Amin Dilanda Cinta Lokasi?

Miss K mendapat perkhabaran hangat ini dari seorang rakan Miss K, Sheila Serigala. Dakwa Sheila, pelakon kacak Fattah Amin dan pengacara serta usahawan berjaya, Neelofa kini sedang hangat dilamun cinta.

Bibit-bibit mesra itu pula mula timbul semenjak mereka digandingkan dalam drama bersiri terbaru arahan Michael Ang dan Hadith Omar yang berjudul Suri Hati Mr. Pilot.

Pada mulanya, Miss K tak percaya juga. Biar betul Fattah bercinta dengan Neelofa? Tapi, apa yang disampaikan oleh Sheila membuatkan Miss K berfikir sejenak, mungkin juga khabar ini benar.

Sheila mendapat khabar ini dari salah seorang rakannya yang terlibat dalam produksi drama bersiri tersebut. Menurut rakan Sheila, semenjak mereka digandingkan bersama, Fattah dan Neelofa selalu menghabiskan masa berdua.

Nak cakap menghayati watak atau mendapatkan keserasian pun tak juga, sebab selepas babak mereka selesai pun, mereka nampak mesra macam orang yang sedang hangat bercinta.

Jika diamati, Neelofa dan Fattah sering memuatnaik gambar bersama di laman Instagram masing-masing untuk mempromosikan drama bersiri tersebut.

Namun begitu, Sheila yang memang Miss K kenali sebagai seorang stalker tegar ini mendakwa rakan-rakan rapat Neelofa sering meninggalkan komen 'nakal' yang mengusik Neelofa dan Fattah di gambar-gambar tersebut.

Kalau khabar yang disampaikan oleh Sheila benar, apa salahnya sebab masing-masing pun menyandang status solo. Selepas putus cinta dengan Datuk Hans Isaac, Neelofa masih belum berpunya.

Fattah pun masih solo semenjak hubungan cintanya bersama Sherry Ibrahim kandas di tengah jalan. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua gitu!

Lagi pun sesuai sangat mereka berdua tu, si jejakanya merupakan bekas Hero Remaja, si gadisnya pula penyandang gelaran Dewi Remaja! Sesuai betul hero bercinta dengan dewi!

Miss K: Jangan lupa saksikan gandingan Neelofa dan Fattah dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang bakal bersiaran malam ini di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya


Artikel Berkaitan


Komen