Janna Nick Tak Guna Elemen Viral Untuk Lariskan Produk

7 Disember 2017. 1.00 PM
1,388
Hiburan
Janna Nick Tak Guna Elemen Viral Untuk Lariskan Produk
Pelakon Janna Nick tidak menggunakan elemen viral untuk melariskan produk lakonan dan nyanyiannya.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 22, mempunyai jawapan tersendiri ketika diajukan mengenai penggunaan kuasa media sosial untuk melariskan sesuatu produk.

“Secara umum, bagi saya, penggunaan elemen viral itu terpulang kepada apa yang ingin dipromosikan. Harus dilihat juga, viral dalam cara yang bagaimana serta apa mahu ditampilkan.

“Kalau dengan kuasa media sosial boleh mendatangkan sesuatu yang baik, apa salahnya. Elemen viral juga boleh menjadi medium promosi dan publisiti untuk memperkenalkan sesuatu produk.

“Saya memilih untuk tidak menggunakan medium viral untuk melariskan sesuatu produk. Cukup sekadar saya yakin dengan prestasi dan kualiti produk itu. Insya-Allah, semuanya akan membuahkan hasil,” kata Janna ketika ditemui di majlis pelancaran single Akan Bercinta di Neway Karaoke Subang Jaya, semalam.

Menerusi single terbaru Janna, dia menggunakan khidmat vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai komposer dan penulis lirik.

“Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Aepul. Muzik video lagu ini juga merupakan sesuatu yang istimewa kerana menjalani penggambaran di Rome, Italy pada penghujung November lalu.

“Istimewanya muzik video ini, saya bertindak selaku pengarah dan ia juga diangkat menjadi lagu tema bagi drama bersiri My Coffee Prince lakonan saya bersama Fattah Amin,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan My Coffee Prince, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Janna, Aqoimran, Sharhim Khan

 

Artikel Berkaitan