Selepas berteka-teki dengan peminat, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli akhirnya mendedahkan nama anak sulung mereka.

Pasangan itu mengumumkan nama tersebut dengan menukar ‘username’ laman Instagram milik anak mereka yang mempunyai lebih 109,000 pengikut.

Amyra dan Amar menukar ‘username’ @amyramarjr kepada @aqeefanaqi.

Sebelum ini, pasangan ini pernah memberikan bayangan yang nama anak mereka bermula dengan AA.

“AA” for.......... ??‍♂️ Syokkk tidur hujan2 ni ??

A post shared by Amyramar Jr. (@aqeefanaqi) on


Namun begitu, wajah sebenar anak mereka yang lahir pada 15 Oktober 2017 itu masih belum didedahkan.

Pasangan itu sekadar memuat naik sekeping foto wajah anak mereka yang telah dikaburkan.

Hye. MOBA ni bukan nama saya. Ni tempat saya rehat-rehat goyang kaki hehe Banyak warna lagi. Checkout @moba.my . Nak senang lagi pergi je @happikiddo_ terus ?. Nak tau nama saya, jgn lupa esok 9mlm ? #MOBA #happikiddo #AmyramarJr

A post shared by Amyramar Jr. (@aqeefanaqi) on


Dalam perkembangan lain, Amar, Amyra dan Aqeef juga muncul dengan sebuah program televisyen terbaru yang berjudul The Adventure of Aqeef Amyramar.

Program itu disiarkan pada setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aqeef

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Aqeef nak bagi tau ni, mlm ni buat pertama kalinya, program Aqeef akan ditayangkan. Excited Aqeef nak share dgn semua... ??? Nak mintak tolong followers Aqeef repost promo ni boleh? Thank you... Aqeef cayangggggggggggggggg korang ? . . . . . . . . . . . The Adventure Of Aqeef Amyramar setiap Rabu jam 9mlm di Astro Ria & Ria HD ❤️. . #TheAdventureOfAqeefAmyramar #TheAdventureOfAqeef #AmyramarJr #Amyramar

A post shared by Amyramar Jr. (@aqeefanaqi) on