Bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Syura akui gementar apabila namanya diumumkan layak untuk ke peringkat separuh akhir program berkenaan.

Menerusi akaun Instagram (IG), Syura memberitahu dia tidak dapat mengelakkan diri daripada berasa gementar namun tetap akan memberikan yang terbaik untuk konsert GV 4 pada Ahad ini.

“Syukur Alhamdullillah. Masih diberi perluang untuk bertanding di GV. Maaf atas segala kekurangan. Saya cuba lagi di minggu konsert ke 7 nanti ye,” tulisnya

Dalam pada itu, Syura juga turut memohon peminat mendoakan segala urusan dan persiapan untuk konsert separuh akhir nanti dipermudahkan.

“Saje buat lawak tak jadi sebab nervous, tinggal satu kali je lagi nak ke final. Doakan kakak ye .. #teamsyura #teamsyura,” tulisnya ringkas.

Mesti korang tersenget2 kepala nk tengok gambar ni kan .. mahapkan kakak ye ... ??????? ❤️❤️❤️ saje buat lawak tak jadi sbb nebes, ?tinggal 1 kali je lagi nk ke final ..??? doakan kakak ye .. #teamsyura #teamsyurabadron #gegarvaganza2017 #gegarvaganza4 #bintangkembalimenyengat

A post shared by Syura Badron ???? (@syurabadron) on


Minggu keenam GV 4 menyaksikan Syura yang menyampaikan lagu ‘Kau Tetap Dalam Anganku’ menduduki tempat keenam dengan jumlah markah sebanyak 60.9%

BACA: GV 4: ‘RECAP’ KOMEN JURI & PERSEMBAHAN MALAM KONSERT KEENAM

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, tiket untuk konsert akhir GV4 boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.