Pelakon Riz Amin mengalami kecederaan pada bahagian lutut ketika melakukan babak aksi untuk filem Polis Evo 2 malam tadi.

Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 32, dikejarkan ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang, Selangor sambil ditemani teraju utama filem itu, Zizan Razak.

"Bukan senang jadi pelakon, risiko tinggi kadang-kadang.

"Ini merupakan satu proses pembelajaran apabila saya tiba-tiba jatuh tersungkur ketika sedang melakukan penggambaran Polis Evo 2.

"Benda nak jadi, tetapi Alhamdulillah semuanya ok," tulisnya di kapsyen entri terbaharu Instagram awal pagi tadi.

Baca: Cedera Ketika Jayakan Babak Aksi Polis Evo 2, Zizan Razak Mohon Doa Peminat

Riz juga menyatakan penghargaan terima kasihnya kepada Zizan dan beberapa orang kru penggambaran Polis Evo 2 yang menemaninya ke hospital hingga menghantarnya pulang ke rumah.

"Saya berterima kasih kepada rakan baik saya Zizan Razak, Nuar dan Nano yang menghantar saya ke hospital, tolak kerusi roda ke X-ray, tunggu sampai siap dan hantar ke rumah pula. Memang sempoi," tambah Riz.

First of all.. I would like to say tq so much to my beloved friend @zizanrazak869 nuar n nano dia hantar kete kita ke hospital sebab Riz kena naik ambulance..pastu dalam hospital dia la yg tolak wheelchair aku p xray bagai..dressing punya time pun Dia dok tunggu .pastu siap hantaq sampai depan umah ??.tq brother Alhamdulilah hang memang sempoi hat tu ja nak habaq ???????..bukan senang jadi pelakon haha risiko tinggi sometimes ?..learning process tgh shooting polis evo2 scene yg melibatkan action ckit ja hahah tetomoehhhh (tersungkur) benda nak jadi kan but alhamdulilah everything was ok?? nite salamm #filmmaker #filmmaking tq jugakkkk pada nurse doctor dan pihak hospital klang layanan yg sempurna n sangat peramah ???? ni abg ambulance bomba medic nindiaaaa????? steady trokkk!!!salute ampa semua!!!

A post shared by Riz Amin (@rizamin) on



Terdahulu, pelakon utama Polis EVo 2, Zizan Razak cedera ketika sedang menjayakan sebuah babak aksi sekitar 20 November lalu.

Filem Polis Evo 2 dibintangi oleh Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hairul Azreen dan ramai lagi.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @rizamin