Penyanyi Korea, Huh Gak disahkan mengidap kanser tirod sejak beberapa bulan lalu.

Pihak agensinya, Plan A mendedahkan Huh Gak telah menjalani rawatan pembedahan pada 1 Disember lalu.

“Huh Gak bernasib baik, mujurlah kanser itu dapat dikesan dengan cepat dan masih lagi di peringkat awal.

“Jadi pembedahannya berjalan dengan lancar, dia kini sedang berehat dan kondisinya juga berada dalam keadaan stabil,” jelas wakil agensinya.

Tambah agensinya lagi, Huh Gak akan berehat dan memberikan fokus kepada proses penyembuhan sehingga hujung Disember ini.



Walaupun disahkan mengidap kanser namun Huh Gak tetap meneruskan konsert solonya yang berlangsung pada 18 dan 19 November lalu selain mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Only You’ di penghujung bulan yang sama.

Sumber: Soompi