Terperanjat Miss K apabila dapat tahu kelab peminat penyanyi yang semakin popular, Wany Hasrita buat hal dengan peniaga barangan party.

Alamak, apa sudah jadi? Miss K dengar bukan main lagi minta tajaan?

Sudahlah beria menagih 'sponsor', guna aplikasi ‘Whatsapp’ pula tu.

Yang tak sedapnya, penggunaan bahasa yang digunakan...Amboi! Adab mana adab?

Kalau Miss K pun Miss K sentap! Memang layaklah owner berkongsi paparan ‘screenshot’ di akaun Facebook BallonBar Enterprice miliknya.



Aduh! Tepuk dahi Miss K baca ayat awak tu dik! Gayanya macam budak-budak WeChat. Orang yang rasa nak sponsor pun terus tak jadi.

Ejaan awak itu sahaja pun dah boleh buat orang rasa acuh tidak acuh untuk berurus niaga.

Difahamkan pihak BallonBar Enterprice juga pernah berurusan dengan pelakon popular yang juga suami kepada aktres Fazura, Fattah Amin.

Tak ada masalah dan pihak mereka tidak menimbulkan sebarang masalah serta sangat profesional.



Dalam hal sebegini, Miss K rasa seharusnya pihak pengurusan kelab Wanynizers patut lebih peka dengan setiap perkara yang ingin dilakukan.

Bukan apa, sebab korang adalah penyokong dan membawa nama artis itu ke sana ke mari.

Bila dah jadi benda-benda macam ni, yang buruk nama artis kesayangan korang juga!

Apapun Miss K harap perkara ini dapatlah diselesaikan dengan cara baik ya.

Dah nak hujung tahun ni Miss K pun tak naklah dengar banyak cerita tak sedap yang melibatkan artis.

Tak larat dah dik, macam-macam hal! Kalau boleh kita nak tutup tahun 2017 dengan cerita yang baik-baik.

Miss K: Dag Dig Dug bila fikir siapa yang bakal masuk final Gegar Vaganza 4 nanti. Gelisah dan resah Miss K.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!