Pelakon Norman Hakim berkongsi rasa terujanya di Instagram (IG) miliknya mengenai kehamilan isterinya Memey Suhaiza.

Menerusi IG, Norman memberitahu bahawa dia merupakan orang terakhir yang mengetahui mengenai berita kehamilan isterinya itu.

"Alhamdulillah our big families 'no.6th'. Terima kasih kepada semua untuk segala ucapan dan doa yangg baik-baik. Semoga segala kebaikan juga akan berbalik semula kepada semua Aamiin Ya Rabb.

"Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu dan Mama Abby Abadi dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni.

"Tak tau nak cakap macamana, tapi macam boleh rasa 'pembawakan' tu sejak 2 minggu yg lepas. ‘Rasa' tu tak pernah bohong. Kali ni 'rasa' sama macam masa Marissadania dalam kandungan dulu.

"Lebih kepada diri sendiri yang 'kena' berbanding dari ibu yg mengandung. Tak nak cerita kat sini biar la mummy dia yang story sendiri," tulisnya.

Rata-rata pengikut Norman mengakui gembira dengan berita kehamilan isterinya itu dan mereka turut berdoa agar Memey dan kandungannya itu akan sihat.

Melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun.

Manakala, dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, hasil perkahwinan dengan Memey, 29.

Alhamdulillah our big families 'no. 6th'❤️Terima kasih kepada semua utk segala ucapan & doa yg baik2 .Semoga segala kebaikan juga akan berbalik semula kpd uolls semua Aamiin Ya Rabb?? . . Rupa2nya saya org yg terakhir tahu?Mama @abby_abadi112 Abah @jaiezzany n anak5 semua dah tahu awal sebelum ni.They just kept it as a surprise.Mmg mummy @memeysuhaiza nak tunggu masa Jumaat (1/12/17) utk bgtau . . Tak tau nak cakap mcmana,tapi mcm boleh rasa 'pembawakan' tu since 2 minggu yg lepas.'Rasa' tu tak pernah bohong.Kali ni 'rasa' similiar mcm masa @marissadania_ dlm kandungan dulu.Lebih kepada diri sendiri yg 'kena' berbanding dari ibu yg mengandung.Tak nak cerita kat sini?Biar la mummy dia yg story sendiri . . Apapun syukur alhamdulillah TQ Ya Allah,para malaikat penjaga langit dan bumi,para rasul & wali2 Allah.Hamba mohon bantuanMu & sekelian alam utk perlindungan yang maha Agung ke atas ibu & zuriat dalam kandungan ini...Aamiin Ya Rabbal Qalamin❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on