Sejak dimuat naik di laman Youtube pada Jun tahun lalu, video Baby Shark sudah ditonton lebih 632 juta kali!

Penangan Baby Shark menyebabkan ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti turut mengingati lirik dan langkah tariannya!

Bukan itu sahaja, Baby Shark turut dirakam semula oleh para peminatnya di seluruh dunia malah diparodikan.

Berita baik buat semua kerana Baby Shark akan ke Malaysia pada 9 dan 10 Disember ini hasil kerjasama Astro dan SmartStudy.

Tentu seronok kerana anda boleh menari bersama keluarga jerung Pinkfong ini di Highstreet, One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.

Selain Pinkfong dan Baby Shark, orang ramai juga boleh menemui watak kegemaran lain seperti Teenage Mutant Ninja Turtles, Ben 10, Didi and Friends, Cam and Leon, The Zee Stars di Fun Escapade 2017.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.astro.com.my/funescapade.

Oh ya! Anda juga boleh menonton Baby Shark dan lagu kanak-kanak kegemaran anda yang dibawakan khas oleh Pinkfong di Astro Best (saluran 481 untuk subscribe).

Tunggu apa lagi, hanya ikut arahan tertera dan rumah anda pasti meriah sepanjang cuti persekolahan ini!