Masih belum reda lagi rupanya cerita pernikahan pelakon Izreen Azminda dengan pemuzik bernama Ude tu rupanya.

Tadi Miss K terima Whatsapp daripada seseorang yang katanya bekas peminat Izreen, dan dia kenalkan diri sebagai Sofea.

Kata Sofea, pada mulanya dia tak ambil port langsung dengan kontroversi melanda pelakon pujaannya itu kerana, dia percaya jodoh Izreen sudah sampai.

Tapi...dia mula rasa meluat selepas Izreen memuat naik satu entri yang mungkin ditujukan kepada madunya, Liana.

Tambah Sofea, entri tersebut dimuat naik Izreen selepas Liana ‘diterjah’ wartawan pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, entri tersebut tidak bertahan lama kerana Izreen tidak mendapat sokongan sebaliknya telah dicaci dan dihentam teruk oleh netizen.

Alamak! Macam mana tu? Niat dihati mungkin mahu dapatkan sokongan, tapi akhirnya makan diri!



Tapi itu kata Sofea, sebab Miss K bukan follower Izreen di Instagram! Kali terakhir Miss K nampak Izreen muat naik entri guna aplikasi Boomerang, dua hari lepas.

Tadi Miss K sempat la juga buat tinjauan, nampaknya ruangan komen dah ditutup. Semuanya!

Sebenarnya bagus tindakan Izreen tutup ruangan komen tu. Bukannya apa, netizen pun kadang-kadang suka tambah dosa kering.

Kot iya pun, janganlah sampai hina teruk-teruk sangat. Sikit-sikit dah lah...Sebab kalau korang hina orang lebih-lebih atau konon-konon anti nauuuu perampas laki orang, takut nanti benda tu balik pada diri korang sendiri nanti haaaa...

By the way, kenapa agaknya Izreen kata yang di sana tu play-play victim ek? Teringin nak tahu tapi agaknya suami suruh padam kot?

Ok lah, apa-apa pun kepada teman-teman Miss K, semoga dapatlah jawapan daripada Izreen dan Ude di majlis sidang media yang akan diadakan di Damansara, Selasa depan ya!

Miss K: Teringat pada teman Miss K, pun kahwin dengan laki orang...Tapi dia lagi ganas sebab sebelum kahwin dengan suami sekarang, skandal dia laki orang juga!