Pelakon Aedy Ashraf tidak menyalahkan netizen atau peminatnya yang terlalu obses hingga memanggilnya dengan pelbagai gelaran.

Malah, dihujani pelbagai komen negatif, sinikal dan nakal, Aedy, 24, tidak sesekali melatah malah menerimanya sebagai satu resam dunia artis.

"Memang ada komen-komen 'nakal' yang ditulis di ruangan komen gambar-gambar Instagram saya namun saya tidak mengambilnya sebagai perkara yang terlalu serius.

"Itu hak mereka untuk memberikan komen dan pandangan masing-masing.

"Bagi, saya asalkan tidak melampau saya terima segala komen dan kritikan itu dalam sudut yang membina," katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, sebelum kisah hubungan 'cinta' Aedy dan Nabila Razali diperdebatkan sejak November lalu, Aedy sering dihujani pelbagai pujian bersifat godaan di kebanyakan gambarnya tidak berbaju.

Manakala, selepas Nabila memuat naik sepotong video luahan hati kekesalan terhadap lelaki, Aedy kembali 'diserang' netizen hingga melontarkan kata0-kata kesat pada ruang komen gambar Instagramnya.

Bagaimanapun selepas pendedahan Nabila semalam mengenai gimik cintanya dengan Aedy, netizen tampil membuat permohonan maaf di Instagram Aedy.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @aedyxashraf