Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah mengakui tiada niat untuk mengungkit semula cerita kontroversi yang pernah melanda rumah tangganya sebelum ini.

Menurut Bella, dia terpanggil untuk berkongsi pengalaman secara terbuka selepas menerima banyak mesej di sosial media mengenai masalah rumah tangga yang dialami oleh orang ramai.

"Saya tiada niat untuk membuka semula cerita ini kepada orang ramai sebaliknya ingin berkongsi mengenai apa yang terjadi dan bagaimana saya meharungi masalah itu.

"Perkara ini dilakukan selepas menerima banyak mesej peribadi di media sosal dimana kebanyakan mereka ingin mengetahui dari mana saya mendapat kekuatan.

"Jadi disebabkan ramai sangat yang menghantar mesej dan saya tak mampu hendak membalas semuanya jadi saya terpanggil untuk berkongsi secara terbuka hari ini.

"Tujuan saya hanya untuk berkongsi kepada mereka dan tiada niat untuk mengaibkan sesiapa," katanya kepada Astro Gempak.

Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis Mutiara Hati Bersama Bella Astila, di Soireelab, Putrajaya, pada Selasa.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Aliff Aziz sebagai tanda sokongan kepada Bella yang mengadakan program tersebut.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi