Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron mahu rakan seperjuangannya, Elyana kuat melawan penyakit.

Syura berkongsi isi hatinya menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @syurabadron.

“Alhamdullillah... Aku dah tak perlu simpan lagi rahsia ni.. Selama ni aku terpaksa berlakon yang konon-kononnya aku tak tahu kau sakit...

“By the way, aku salute dengan keberanian kau untuk berterus terang dengan masyarakat... Kau sgt kuat Na.. Sangat...

“Aku sangat sayang kau... Sangat-sangat sayang.. Doa untuk kau sebagai sahabat akan sentiasa ada di setiap sujud aku... I love you to the moon and back sahabatku Elyana. Saya mohon doa dari semua juga ya,” tulis Syura.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #SahabatSyurga #AkuSayangKauGila #PrayForElyana dan #KamiSayangElyana.

Syura dan Elyana bersahabat baik kerana mereka merupakan artis dibawah naungan FMC Music ketika awal pembabitan dalam industri seni.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal membuat pengakuan dia menghidapi kanser limfoma selepas diumumkan tersingkir di konsert minggu kelima GV 4 pada Ahad.

Elyana disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu dan merahsiakan sakit yang dihadapinya selama ini.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Syura