Hatsune Miku, gadis maya yang cukup lincah beraksi di pentas. Baru berusia 16 tahun, tetapi Miku yang dikenali dengan imej berambut biru dan vokal unik mempunyai persona luar biasa dengan jutaan peminat dari seluruh dunia.

Percaya atau tidak Hatsune Miku ada lebih daripada 100,000 lagu, 170,000 video di YouTube serta 1,000,000 artworks!

Mengapa Miku cukup popular? Selain persembahan unik, lagu-lagu nyanyiannya juga cukup memukau.

Kami semarakkan keterujaan anda menanti konsert Miku Disember ini dengan lima lagu popular Hatsune Miku.

#1 Just Be Friends
Just Be Friend atau JBF, lagu dengan penampilan istimewa Megurine Luka ini cukup sinonim dengan Dixie Flatline.



Lagu yang dimuatnaik kali pertama pada 4 Julai 2009 ini telah dinyanyikan beberapa kali oleh Hatsune Miku baik di Hatsune Miku Expo dan beberapa siri konsertnya. Bukan lagu sahaja, JBF juga diterbitkan dalam bentuk novel sekitar tahun 2015 dan 2016. Video YouTube pula mendapat lebih daripada 7 juta tontonan, dengan lebih 5 juta tontonan untuk setiap video dan menjadi antara lagu Luka paling popular di peringkat antarabangsa.

#2 Tell Your World
Lagu bergenre pop elektro ini dihasilkan Kz (livetune) untuk iklan Japanese Google Chrome dan telah disiarkan buat pertama kalinya pada tahun 2011. Video muzik rasmi yang dimuat naik di YouTube juga mempunyai lebih daripada 16 juta tontonan.



Lagu ini berada di tangga pertama iTunes store pada 2012 dan merupakan lagu pertama yang dikeluarkan selepas livetune berpindah ke Toy's Factory. “Tell Your World” menjadi lagu pertama artis Jepun syarikat ini yang dipasarkan ke 217 negara!

#3 The World Is Mine
Salah satu daripada lagu terkenal yang dihasilkan ryo (Supercell), komposer terkemuka lagu-lagu Hatsune Miku yang telah menghasilkan lagu-lagu popular dengan lebih daripada 20 juta tontonan di video asal yang dikongsi di YouTube seperti Melt dan BLACK★ROCK SHOOTER.



Versi asal lagu ini dimuat naik oleh Nico Nico Douga pada tahun 2008 telah ditonton lebih 7 juta kali. Pada tahun 2011, lagu ini turut digunakan untuk iklan Toyota US dengan imej grafik Hatsune Miku.

#4 Remote Controller
Lagu ke-12 yang dihasilkan oleh Jesus-P, salah seorang ahli Wonderful☆Opportunity. “Remote Controller”, lagu pertama Wonderful☆Opportunity yang mendapat jutaan tontonan turut menampilkan duo vocaloid Kagamine Rin dan Kagamine Len.



Banyak karya yang diinspirasikan daripada lagu ini seperti tarian grafik 3D, kareografi dan ilustrasi turut dihasilkan.

#5 Miku
Anamanaguchi, band New York Brooklyn telah dijemput membuat persembahan pembukaan Hatsune Miku Expo 2016 di North America Tour. Bermula daripada kolaborasi ini, Anamanaguchi kemudiannya menghasilkan lagu tentang Hatsune Miku yang dinyanyikan sendiri Hatsune Miku.



Ilustrasi jaket untuk lagu ini dihasilkan oleh pelukis animasi terkenal Australia, Bahi JD. Video rasmi yang dimuat naik di YouTube telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan. Miku turut dihasilkan dalam versi Jepun yang telah dimuat naik di YouTube rasmi anamanaguchi.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Miku secara live pada 16 Disember ini di Axiata Arena Bukit Jalil. Dapatkan tiket anda di sini. Digi sebagai penaja acara ini turut menawarkan pakej Digi Super Tererrr khas untuk anda! Dengan pakej ini, anda boleh tambah keterujaan dengan menyaksikan video-video terbaik Hatsune Miku sepanjang hari.



Selain daripada video yang kami senaraikan ini, anda boleh tonton aksi Hatsune Miku pada konsert terdahulunya dengan pakej Digi Super Tererrr yang menawarkan 12 jam internet tanpa had untuk semua aplikasi dan 24 jam panggilan tanpa had setiap hari

#DigiSuperTererrr #JomInternet #DigiPrepaidLiVE

Kredit gambar utama: HATSUNE MIKU EXPO 2014 in Indonesia Official Illustration
Illustration by KEI © Crypton Future Media, INC. www.piapro.net