Berjaya Tuntut Nafkah Anak, Elly Enggan Layan Isu Azmi & Faye

13 Oktober 2016. 12.31 PM
109,683
Hiburan
Berjaya Tuntut Nafkah Anak, Elly Enggan Layan Isu Azmi & Faye

Pengarah yang merupakan bekas suami kepada penyanyi Elly Mazlein, Azmi Hatta diperintahkan untuk membayar nafkah sebanyak RM1,500 sebulan berkuatkuasa serta merta kepada anaknya yang berada di bawah jagaan Elly.

Azmi menceraikan Elly ketika dirinya sedang hamil pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang selepas 11 bulan berumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak, Putri Sara Sefhia yang lahir pada 9 Mac lalu.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Che Abdullah Che Hassan selepas mendengar kes berkenaan pada pagi Rabu.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana segalanya telah selesai dan paling penting ialah hak anak saya. Tiada apa lebih menggembirakan saya apabila mahkamah meluluskan permohonan saya.

“Tak mengapa jika saya tidak mendapat sebarang hak sepanjang bergelar isteri kerana paling penting, kebajikan dan hak anak saya terbela,” kata Elly.

Che Abdullah juga turut meluluskan permohonan Elly agar Azmi menyerahkan wang tersebut melalui pihak mahkamah pada setiap bulan sebelum diserahkan kepada Elly.

“Saya berbuat demikian kerana tidak mahu perintah yang dikeluarkan gagal dipatuhi oleh bekas suami. Perkara itu juga lebih mudah untuk kedua-dua belah pihak. Sebelum ini, saya turut mendapat hak penjagaan penuh anaknya itu daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Saya tidak mempunyai apa-apa bantahan selain bersyukur dengan keputusan mahkamah kerana itu adalah rezeki anak saya. Saya juga faham dengan situasi bekas suami yang mempunyai dua lagi anak yang perlu ditanggung dan tidak mahu membebankan dia dengan tuntutan terlalu tinggi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Elly turut mengambil keputusan untuk menutup buku kisahnya rumah tangganya bersama Azmi sebelum ini dan mahu meneruskan hidup dengan sebaik mungkin.

Elly tidak mahu lagi menoleh ke belakang dengan segala drama yang berlaku di antara mereka sebelum ini.

“Insya-Allah, saya sudah boleh tidur lena selepas ini. Saya enggan lagi melayan apa sahaja melibatkan Azmi dan Faye Kusairi selepas ini. Peminat saya pun marah apabila laman sosial saya penuh mengenai mereka dan meminta saya agar lupakan sahaja kisah lama itu dan fokus kepada anak dan karier,” katanya yang bakal bertanding dalam GegarVaganza 3 (GV3).

Elly bakal bersaing di GV3 bersama 11 penyanyi lain seperti Azharina, Siti Sarah, Nora, Zur Eda, Intan Sarafina, Zarul Umbrella, Gmie Screen, Shidi Data, Ameng Spring, Razis Ismail dan Rem.

Saksikan Konsert GegarVaganza 3 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula Ahad ini, (16 Oktober) secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Sumber: Mstar Online


Artikel Berkaitan


Komen