Anggota BIGBANG, Taeyang menyatakan ‘Last Dance Tour’ berkemungkinan menjadi konsert terakhir untuk kumpulan popular tersebut.

Taeyang meluahkan kerisauan itu menerusi rancangan ‘Livin The Doyble Life’ yang bersiaran semalam.

“Ketika mengadakan konsert solo baru-baru ini saya sentiasa merindui empat anggota BIGBANG yang lain.

“Bercakap mengenai mereka sekarang ini pun sudah cukup membuatkan saya rindu pada mereka.

"Tiada lagu baru daripada BIGBANG dan jika keadaan ini berterusan, sejujurnya… kami hanya ada empat anggota kumpulan dan inilah yang kami semua harus lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Taeyang juga turut menjawab mengenai pemilihan nama ‘Last Dance’ untuk konsert tersebut.

“Mungkin ini benar-benar konsert terakhir untuk kami, saya berasa sangat sedih Apa yang patut kami lakukan?

"Mungkin juga bukan?Saya tidak tahu. Tapi apa yang boleh dikatakan, saya dapat merasai berkemungkinan ini adalah yang terakhir,” ujarnya.

BIGBANG dianggotai oleh G-Dragon, Taeyang, T.O.P, Daesung dan Seungri.

‘Last Dance Tour’ telah pun bermula sejak 18 November lalu di Jepun dan akan berakhir di Korea pada penghujung Disember depan.

Bagaimanapun T.O.P tidak dapat menyertai siri jelajah tersebut kerana menyertai terlibat dengan kontroversi penyalahgunaan dadah jenis Marijuana Jun lalu.

BACA: DISINGKIRKAN DARIPADA LATIHAN KHIDMAT KETENTERAAN KERANA DADAH, T.O.P MASIH MAMPU TERSENYUM

BACA: SAYA TERIMA HUKUMAN TERSEBUT, MAAFKAN SAYA… - T.O.P DIHUKUM PENJARA

Sumber: Allkpop