Pelakon kacak Aedy Ashraf terharu apabila digelar Tarzan Malaysia oleh segelintir peminatnya di media sosial terutama Instagram.

Malah, Aedy, 24, semakin mencuri tumpuan peminat selepas muncul dengan imej rambut panjang paras bahu dan membina otot badan lebih tegap.

"Tarzan Malaysia? Not bad... Rasanya tiada masalah pun dengan gelaran itu.

"Saya pun minat juga animasi dan filem Tarzan, jadi saya anggap gelaran yang diberikan itu satu pujian peminat terhadap saya," katanya kepada Astro Gempak.

#404 #fujifilmmy

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on



Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Addy Ashraf Rosmadi itu ditemui pada acara InTrend Gala 2017 di Aloft Hotel, Kuala Lumpur malam tadi.

Pelakon yang popular dengan filem Tentang Bulan itu mengakui imej, sosok badan dan gaya yang ditampilkannya kini bertujuan mahu menangkis persepsi pelakon kanak-kanak yang melekat dalam dirinya.

"Orang selalu melihat saya sebagai pelakon kanak-kanak dan dengan imej rambut panjang serta gaya yang lebih matang diharapkan peminat saya menerima saya sebagai pelakon yang sudah dewasa," kata Aedy lagi.

??

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

Be my jane ? ?

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @aedyxashraf