Pelakon Fazura masih pertimbangkan imejnya selepas kembali mengerjakan Umrah kerana sedang terikat dengan pelbagai projek sebelum ini.

Pun begitu, Fazura berharap agar semua mendoakan yang terbaik buatnya.

"Saya baru balik dari Umrah dan saya masih bertudung.

"Tapi selepas ini, ya atau tidak itu saya hanya berharap anda doakan yang baik-baik.

"Namun saya memang masih terikat pelbagai projek dan lakonan.

"Seperti anda semua tahu sebagai pelakon, kami perlu membawa pelbagai karakter.

"Tidak seperti penyanyi kerana mereka boleh membawakan apa sahaja imej yang mereka mahu," katanya kepada Astro Gempak.

Fazura ditemui dalam sebuah sidang media tergempar semalam bersama Fattah Amin sebaik sahaja tiba di Malaysia dari tanah suci Mekah.

Pelakon Wanita Terindah itu tampil dengan kurung moden putih serta bertudung litup.

Pasangan ini mengumumkan mereka telah melangsungkan pertunangan di rumah keluarga Fazura pada 13 November lalu.

Sementara keeesokan harinya, hanya satu majlis kesyukuran dan doa selamat sempena ibadah Umrah sahaja diadakan.