Pelakon popular Hollywood, Jennifer Garner mengakui sukar mencari cinta baru memandangkan dirinya masih sayang kepada aktor Ben Affleck.

Menurut laporan Aceshowbiz, Jennifer menjelaskan dia belum lagi mencari cinta baharu sehingga kini dan tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sejak bercerai.

"Setelah dua tahun berpisah dengan Affleck, saya masih berharap agar kami dapat kembali semula sebagai keluarga yang bahagia bersama anak-anak.

"Saya tidak pernah memilih untuk menjalani kehidupan sendiri begini namun ini semua telah ditentukan.

"Apa yang saya jalani saat ini sangat merumitkan malah saya berlum terfikir untuk mencari pengganti Affleck sejak kami bercerai.

"Ada juga yang ingin mendekati saya namun perkara itu ditolak secara baik kerana saya tidak berminat untuk bercinta dengan lelaki lain," katanya.

Jennifer dan Ben berkahwin pada 2006 dan mengumumkan perpisahan mereka pada Jun 2015.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 10, Seraphina, 7 dan Samuel, 4.

Sumber: Aceshowbiz