Pelakon dan ikon fesyen popular, Wak Doyok mengejutkan peminat dan pengikut Instagram (IG)nya semalam selepas memuat naik video dicium seorang gadis cantik ketika sambutan hari jadinya.
Menerusi video itu, gadis tersebut mengucapkan "happy birthday" kepada Wak Doyok sambil mencium kedua-dua belah pipi pelakon Abang Long Fadil 2 (ALF2) berkenaan.
Sambutan hari jadi Wak Doyok bersama gadis dikenali sebagai Malika Askarova itu diraikan dalam suasana romantis dan istimewa sekali.
Difahamkan Malika adalah seorang model terkenal berasal dari Indonesia.
Wak Doyok turut memuat naik beberapa keping gambar mesra bersama Malika.
Malah, di IG Malika turut memuat naik foto bersama ikon fesyen Malaysia itu dengan kapsyen romantis.
Bagaimanapun aksi cium itu mendapat kecaman daripada netizen.
Rata-rata netizen terkejut dengan pergaulan bebas Wak Doyok dan mengingatkan perbuatan tersebut tidak manis sebagai seorang yang beragama Islam.
Siapa gadis itu? Jom layan foto-foto mesra mereka bersama:
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita