Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian netizen dan menerima kecaman di laman Twitter.

Menerusi laman sosial tersebut, Fathia mempersoalkan istilah terjemahan yang digunakan untuk perkataan ‘photobomb’ (tunafoto) menerusi sebuah tweet yang dimuat naik olehnya.

“Kenapa nak kena tunafoto, kenapa tak fotobom or bomfoto. Dari mana datangnya ikan?” tulis Fathia.

Tweet Fathia nyata menarik perhatian ramai pihak dan mendapat kecaman hebat segelintir netizen.





Namun begitu, menerusi sebuah kemaskini terbaru, Fathia menjelaskan yang tweet sebelum ini hanya sekadar gurauan sahaja.

“Kalau tak boleh nak melawak, jangan jadi manusia. Jadi ikan,” tulis Fathia.

Teks oleh: Kamaruddin Razal