Penyanyi dan aktor yang terkenal menerusi rancangan ‘The Partridge Family’ sekitar 1970-an, meninggal pada usia 67 tahun.

Akhbar hiburan Variety melaporkan David meninggal dunia di sebuah hospital di Florida dipercayai akibat kegagalan fungsi organ dan dilaporkan bergantung kepada mesin sokongan hayat sejak Ahad lalu.

Wakil penyanyi itu, JoAnn Geffen dalam satu kenyataan mengesahkan kematian David dan ahli keluarga terdekat termasuk bekas isterinya, Sue Cassidy berada di sisi David ketika mendiang menghembuskan nafas terakhir.

David mencipta nama menerusi siri The Patridge Family pada tahun 70-an sebelum melancarkan kerjaya nyanyian.

Antara lagu hit nyanyian David ialah Cherish, How Can I Be Sure dan Rock Me Baby.

Sumber: Variety