"Ada nampak mummy happy? Mummy tak nak Shima senyum!"

Bagi peminat dan pemerhati dunia hiburan, tentunya pernah mendengar ungkapan itu, yang diucapkan oleh salah seorang juri D'Academy Asia 3, Mas Idayu, minggu lalu.

Bukan biasa-biasa kerana komen bernada herdikan itu bukan sahaja merentap hati peserta terbabit, Baby Shima, tetapi juga penonton.

Namun apa yang melucukan adalah reaksi netizen selepas video tersebut tular.

Jika pada awalnya ramai yang mengkritik komen pedas Mas Idayu, tetapi kini ia menjadi ikutan dan satu punchline melucukan oleh netizen, khususnya di laman sosial.

Ada yang menyertakan quote berkenaan sebagai kapsyen pada gambar, ada yang meletakkannya dalam penceritaan dan lebih menggelikan hati, ada yang memuat naik quote itu sebagai status tanpa sebarang gambar atau kapsyen lain.

Komen itu diberikan Mas Idayu kepada Baby Shima selepas wakil Malaysia itu menyampaikan lagu Wulan Merindu dalam konsert mingguan yang berlangsung 12 November lalu.


D'Academy Asia merupakan program realiti berteraskan nyanyian di Indonesia, yang mengumpulkan peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Timor Leste, selain dari negara tuan rumah.

Ia bersiaran di saluran Indosiar selama lima jam dan mendapat rating yang tinggi di negara itu.

Apa yang telah terjadi biarkan berlalu..kita move on..insyallah segala kritikan dan nasihat akan shima gunakan untuk baiki persembahan shima pada masa akan datang. . . 2.Alhamdulilah..shima gembira dan bangga dapat mewakili Malaysia dan berada di antara 36 peserta dari 6 buah negara serta menjadi sebahagian dari keuarga Dangduat Academia Asia 3(DAA3) Kalah menang adat pertandingan,yang penting ilmu dan pengalaman yang shima timba..Tiada benda yang shima hendak malukan walaupun tersenggol..shima hanya manusia biasa mempunyai banyak kekurangan , tiada yang sempurna dalam nyanyian.. . . 3.semua orang senang bercakap kalau tidak mengalami sendiri.. pertandingan tidak sama seperti show apatah lagi berdiri di pentas Asia yg ditonton jutaan orang di 6 buah negara secara langsung..Demi menghasil yang terbaik setiap persembahan pelbagai latihan di lakukan tapi kalau sudah rezeki kita sampai di sini mau buat macam mana kan? . . 4. Ada masa persembahan kita hari ni bagus dan besok menurun.shima hanya mencuba yang terbaik, apapun yang menilai tetap juri..berapa di Top 22 pun sudah terbaik . . 5.Awalnya shima fikir pertandingan ini shima boleh menyanyikan lagu yang berkonsepkan dangdut modern tapi pertandingan ini perserta harus menyanyikan lagu dangdut klasik yang tak pernah kita dengar langsung, dari segi cengkoknya lebih susah berbanding dangut modern.. sedikit tekanan apabila shima harus belajar cengkok dangdut asli, dengan ekpresi, dinamika tambahan pula dengan jadual yang padat setiap hari dan ini merupakan pertandingan reality tv yg pertama shima ikuti..semua serba baru berbanding pertandingan di malaysia apatah lagu-lagu POP. . . 6.Smule boleh menghebatkan suara?menyanyi di Smule berbeza dengan kompetisi kita lebih tenang dan tiada orang yang menilai dari semua sudut,persembahan,pitching,vokal mahupun ekspresi..tapi kalau betul smule boleh menyedapkan suara dan ada setting suara yang boleh bagi sedap suara ,tolong ajar shima bagaimana nak sedapkan suara? atau yang cuma bercakap main smule pun tak pernah.. . . . bersambung di post selanjutnya ...

A post shared by Baby Shima DAA3 (@babyshimaofficial) on


Sumber: Astro Awani