Pelakon Datuk Afdlin Shauki memohon peminat mendoakan kesihatan ibunya, Fadzilah Jelani yang dimasukkan ke hospital hari ini.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @afdlinshaukiofficial sebentar tadi.

Adlin juga turut berkongsi foto yang merakamkan ibunya sedang terlantar di atas katil hospital dengan memakai ‘nebulizer’.

“Minta tolong doakan mak saya Fadzilah bt Jelani... Pulih dari sakitnya,” tulis Afdlin ringkas.

Mintak tolong doakan mak saya Fadzilah bt Jelani... pulih dari sakitnya.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


Bagaimanapun, Afdlin tidak pula menjelaskan punca penyakit yang menyebabkan ibunya ditahan dihospital.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya ibunya kembali pulih selepas menerima rawatan.

“Mohon yang terbaik. Semoga mak tuan diberikan kesembuhan segera oleh Allah. Amin,” - @kei_ramoss

“Semoga Allah memberi kesembuhan buat mak @afdlinshaukiofficial. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin,” - @nana_marzuki

“Syafakillah untuk ibunda tercinta @afdlinshaukiofficial. ‘Speedy recovery’. Moga bila sembuh dapat beribadat lebih dan lebih lagi. Sabar ya bro,” - @joji_jojie


Foto: Instagram Afdlin Shauki

Teks oleh: Mya Amri