Rihanna & Drake Berpisah Lagi!

14 Oktober 2016. 3.03 PM
9,845
Hiburan
Rihanna & Drake Berpisah Lagi!

Pasangan sensasi Rihanna & Drake dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah semula apabila mereka berdua dikatakan tidak dapat memberi komitmen kepada hubungan mereka.

E Online melaporkan mereka kini bukan lagi sebagai pasangan kekasih yang komited terhadap hubungan tetapi masih menyayangi antara satu sama lain.

"Mereka berehat daripada hubungan serius itu kerana ingin memberi peluang bertemu dengan orang lain memandangkan mereka jarang dapat meluangkan masa bersama.

"Ini kerana jadual mereka yang padat membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan secara terbuka serta membenarkan masing-masing bertemu dengan orang lain," kata sumber.

Rihanna dan Drake mula bercinta sejak tahun 2014 namun telah berpisah beberapa kali sebelum mereka mula menjalinkan hubungan cinta pada Julai lalu selepas banyak menghabiskan masa bersama ekoran mempromosikan lagu duet mereka, Work.

Terdahulu, menerusi sebuah muatnaik di Instagram Raihanna dilihat sempat menaikkan sebuat gambar dengan caption 'Setiap kegagalan hubungannya dengan bekas-bekas kekasih bukan diatas kesalahannya'.

Menerusi sebuah Anugerah MTV baru-baru ini Drake dilihat mengejutkan peminat apabila secara terbuka melahirkan perasaan cintanya terhadap Rihanna.   

Teks oleh Rozaimi Zubaidi 


Artikel Berkaitan


Komen