Konsert keempat GegarVaganza 4 (GV4) menyaksikan hanya sembilan bintang yang mara ke minggu kelima.

Dengan tema ‘Berdua Lebih Baik’, konsert empat ini menyaksikan Hazami menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 86%.

Bagaimanapun, tuah tidak berpihak kepada Haida apabila dia diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 53.2%

Sembilan bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterusnya adalah Liza Hanim, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, dan Elyana.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert ketiga GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh 11 bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Hazami - 86%

2. Liza Hanim - 83.6%

3. Aishah - 80.6%

4. Firman Siagian - 67.8%

5. Tia Jinbara - 67.8%

6. Lan Kristal - 67.8%

7. Elyana- 65%

8. Syura - 61%

9. Aqasha - 61%

10. Haida - 53.2%

Sementara itu, Elyana yang mempersembahkan lagu Aku Yang Tersakiti duet bersama Aepul Drama Band dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Teks oleh: Mya Amri