Pemain bola sepak negara, Safee Sali selamat menimang cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi perempuan pada pukul 9.18 pagi tadi.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Safee telah berkongsi sekeping gambar bersama isteri dan anaknya yang berada di dalam wad.

"Syukur Alhamdulillah, isteri dan anak perempuan saya selamat. Berkah hari Jumaat princess saya telah dilahirkan tepat jam 9.18 pagi tadi.

"Semoga anak-anak aku ini nanti akan menjadi anak yang solehah dan berjaya demi bangsa, negara dan agama," tulisnya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Safee dan mereka mendoakan agar ibu serta bayi itu akan berada dalam keadaan yang sihat.

Ini merupakan anak kedua Safee hasil perkahwinan bersama dengan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Sasha pada 21 Disember 2013.

Sebelum Sasha, Safee pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012 dengan dua orang anak hasil perkahwinan tersebut.

Syukur alhamdulillah isteri dan anak perempuan sya selamat..berkah hari jumaat princess sya telah di lahirkan tepat jam 9.18 pagi tadi..semoga anak-anak ku nanti menjadi anak yg solehah dan berjaya demi bangsa,negara dan agama ?❤???? #ssten #supersafee #newborn #babygurl #anakayah #syukran #2017 #cucuwaksali #bigfamily

A post shared by 5afee (@5afee) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi