Penyanyi Aweera akui tidak sabar untuk membuat persembahan dengan bintang GegarVaganza 4 (GV4), Tia Jinbara.

Aweera berkata dia sangat menghormati Tia dan tidak ada masalah untuk melakukan persembahan bersama penyanyi otai tersebut.

“Kami belum mula latihan lagi dan mungkin akan bertemu pada Jumaat ini. Jujur saya katakan tidak mempunyai sebarang masalah untuk berduet.

“Abang Tia orang lama dan otai dalam industri, saya sangat hormat padanya jadi kita kasi pecah pentas GV4 nanti,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Aweera juga memberitahu sebagai pasangan duet dia perlu menjaga persembahannya supaya tidak nampak terlalu berlebihan.

“Pentas GV4 adalah untuk abang Tia, jadi saya tak mahu saya yang nampak terlalu over ketika membuat persembahan.

“Kita kena respek orang lama dan kalau dia lebih menonjol lagi bagus. Saya hanyalah tukang ‘insert’ benda-benda penting sahaja dalam nyanyian itu nanti,” katanya.

Tia dan Aweera bakal menyampaikan lagu berjudul Arjuna Mencari Cinta nyanyian asal Dewa 19.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Foto: Instgaram Tia Jinbara

Teks oleh: Mya Amri