Penyanyi dangdut popular Indonesia Cita Citata, menjelaskan tidak mahu mencampurkan masalah cinta dengan kerjayanya sebagai seorang selebriti.

Menurut laporan Kapan Lagi, Cita Citata tidak mahu kerjayanya terjejas disebabkan menjalinkan hubungan percintaan dia dengan seorang ahli perniagaan bernama Ardavan Fazri.

"Saya tidak mahu mengaitkan masalah peribadi dengan kerjaya kerana itu mungkin akan memberi kesan kepada saya pada masa akan datang.

"Saya harus bijak membahagikan masa diantara nyanyian dan perniagaan yang dijalankan oleh kekasih.

"Meskipun menjalinkan cinta dengan ahli perniagaan namun kami tidak mempunyai rancangan untuk melakukan perniagaan bersama.

"Saya merharap agar orang ramai dapat menghormati permintaan saya ini dan dapat membezakan diantara kerjaya dan kisah peribadi," katanya.

Sebelum ini Cita Citata pernah berkahwin selama dua tahun dengan Galih Purnama, sebelum bercerai pada 10 Mac 2015 lalu.

Sumber: Kapan Lagi