Tindakan pelakon Fikry Ibrahim memberikan sejambak bunga kepada bintang GegarVaganza 4 (GV4), Syura menarik perhatian peminat.

Foto 'sweet' itu telah dimuat naik oleh Syura menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Foto itu merakamkan wajah Syura yang sedang tersenyum dan bertentangan mata dengan Fikry sambil memegang jambangan bunga yang dihadiahkan oleh aktor tersebut.

Malah menerusi kapsyennya juga, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron juga melabelkan Fikry sebagai seorang lelaki yang sangat ‘sweet’.

Terima kasih awak @fikryibrahim .. siap bagi bunga lagi ... sweet rupenyer mamat ni erk ... ?? korang mesti tertanya2 kan.. ape cerita nya ni? Tunggu ahad ni k.. nnt syura share ... ☺️☺️ #gegarvaganza4 #teamsyura #kasiup1kali #bintangkembalimenyengat

A post shared by Syura Badron ???? (@syurabadron) on


Selain Syura, Fikry juga turut memuat naik foto bersama Syura di IGnya dan berterima kasih kerana bintang GV 4 itu sudi keluar makan bersamanya.

Selamat hari convocation @syurabadron ! Haha . Terima kasih ngedate makan deqeyan harini. All the best for gegar vaganza! Nanti belanja lagi naa.. nak taw apa kdi jngan lupa tgok gv minggu ni! #teamsyura #deqeyan #kipidapdongibab

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


Dalam pada itu, peminat seakan-akan tidak kisah dengan gimik tersebut dan mula memberikan komen-komen mengusik kepada mereka.

“Alamak bersemut la fon kita kak Syura. Macam sesuai je. Ada apa-apa ke tu. ‘By the way, have a nice day’ kak Syura,” - @tasya_wanie

“Senyum sampai ke telinga la awak abang Fikri. Untung la,” -@ putraarjuna82

“Inilah orang kata jodoh depan mata, #sepadan @syurabadron,” - @dy_rsswah

“Tenung lama-lama nanti jatuh cinta hihi,”-@muhainiprawira


GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Foto: Instagram Syura Badron / Fikry Ibrahim

Teks oleh: Mya Amri