Semalam, khabar angin mengenai pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura melangsungkan pertunangan bertebaran di media sosial.

Ada juga spekulasi yang mengatakan pasangan ini melangsungkan pernikahan di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, malam tadi.

Bagaimanapun menerusi sebuah kenyataan hari ini, pihak pengurusan Fazura mengumumkan pelakon cantik tersebut sudah pun berangkat ke tanah suci Mekah, pukul 12.30 tengahari tadi.

“Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

"Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

"Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.

"Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," -Fattah Amin & Fazura”

Sekian, Terima Kasih.

Selamat menunaikan umrah @fattahaminz @missfazura dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan di sana. Selamat pergi dan balik ?. Semoga mendapat umrah yang maqbul . . Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu . . #fattahamin #fazura #fattzura #umrah2017 15-11-2017

A post shared by FattahAminTeam (@thefa_team) on


B/p:
Fattah Amin & Nur Fazura
#DoaYangBaikBaik #FikirYangBaikBaik

Kami di Astro Gempak turut mendoakan urusan Fattah dan Fazura dipermudahkan.

Jumpa di majlis sidang media nanti ya!