Konsert ketiga GegarVaganza 4 (GV4) menyaksikan penyingkiran Raja Azura yang menduduki tangga terakhir dengan jumlah markah sebanyak 61.2%

Manakala Liza Hanim masih mengekalkan tempatnya dikedudukan pertama dengan markah 83.40%.

Selain Liza dan Raja Azura, bintang lain yang turut memberikan saingan hebat adalah Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, dan Elyana.

Selain persembahan, pasti penonon di rumah ingin tahu apa yang berlaku disebalik tabir GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Jom Gempak kongsikan kepada anda semua corat - coret belakang tabir yang tidak dapat ditonton oleh penonton di rumah:

1. Minggu ini jumlah penonton yang hadir lebih ramai dan meriah dengan sorakan umpama berada di stadium bola sepak.

2. Pelbagai cara menarik yang dilakukan oleh peminat bintang-bintang GV4 pada malam tersebut antaranya memakai topeng, skirt rambut ramba berwarna merah jambu dan juga mengenakan fesyen yang agak pelik.



3. Minggu ini rata-rata penonton menyatakan rasa puas hati dengan penampilan dan busana yang digayakan oleh Aishah. Mereka juga memuji kecomelan Aishah ketika menyampaikan lagu Terukir Di Bintang nyanyian asal oleh Yuna.

BACA: TAK PERNAH PUN CERITA TENTANG TIADA SIAPA NAK SPONSOR BAJU - AISHAH

4. “Sabar, sabar karang kena strok pula,” gurau Nabil kepada peminat yang terlalu over menjerit. (Ada-ada sajalah idea Nabil nak kenakan orang Hihihi)

5. Datuk Vida menyembur minyak wanginya kepada penonton yang duduk di barisan hadapan berdekatan dengan pentas.

6. Datuk Ramli MS tersenyum melihat persembahan Lan Kristal yang menyampaikan lagu Sayang-Sayang nyanyian asal Alif Aziz.

7. Selepas sidang media, Datuk Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram diusik media ketika membuat gaya ‘cool’ untuk sesi fotografi.

8. Aishah menyatakan rasa teruja apabila diajar tentang cara-cara untuk melakukan IG Story.
“Selepas ini kamu semua siaplah, penuh IG Story saya buat,” katanya sambil ketawa.

Comelnyaaaa bila @aishahjmm belajar cara-cara nak buat IG Story hihihi. Ha korang lepas ni siaplah, penuh IG story @aishahjmm nanti hihihihi . Oh by the way, kalau korang nak tengok persembahan penuh bintang-bintang #GegarVaganza , korang boleh la layari www.gegarvaganza.com.my #BintangKembaliMenyengat #KasiUp1Kali

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on


Teks oleh: Mya Amri