Gamer tegar tentunya teruja dengan liga Mobile Legends: Bang Bang yang menawarkan hadiah lumayan.

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bukan calang-calang permainan online, jika tidak masakan aplikasi permainan telefon bimbit ini telah dimuat turun lebih 7 juta di Malaysia dan 110 juta di seantero dunia.

via GIPHY


Gamer tentunya familiar dengan MLBB tetapi bagi anda yang tidak familiar dengan permainan ini, kami berikan penerangan ringkas.

Siapa tahu anda juga berminat menyertainya untuk merebut wang kemenangan yang lumayan!

MLBB, permainan online yang melibatkan beberapa pemain bertarung di arena game di telefon bimbit masing-masing. Pemain perlu mara ke kubu seterusnya dan pada masa sama perlu mempertahankan kubu sendiri daripada dimusnahkan pihak lawan.


Kredit: shutterstock

Liga MLBB merupakan liga terbesar permainan online di Malaysia dan Singapura yang melibatkan enam orang pemain dalam setiap kumpulan.

Terdapat tiga fasa yang perlu dilepasi pemain sebelum dinobat juara. Pusingan kelayakan diadakan selama tiga minggu bagi mencari 10 pasukan untuk mara ke pusingan regular season.

Dua pemenang pada pusingan kelayakan setiap minggu berpeluang membawa pulang wang tunai berjumlah US$400 manakala tempat ketiga berpeluang menbawa pulang wang tunai berjumlah US$200.

10 pasukan yang berjaya di pusingan kelayakan akan beraksi di pusingan regular season yang menjanjikan insentif sehingga RM1,258 (US$300) setiap minggu untuk setiap pasukan.

Pusingan ini berlangsung selama tujuh minggu. Lapan pasukan dengan mata tertinggi layak ke pusingan playoff yang menawarkan wang kemenangan keseluruhan bernilai RM209,620 (US$50,000)!

Musim 2017/2018 berlangsung sepanjang 20 minggu dengan aksi pertarungan langsung diadakan setiap minggu selama 13 minggu.

Kejohanan bakal bermula 24 November ini. Kepada yang berminat, jom daftar di sini mulai 14 November ini!

Mobile Legends:Bang Bang professional league is brought to you by our legend sponsor Honor 8 pro, the very first AI Smartphone!

Foto: Shutterstock