Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Aqasha mengakui dia tidak berpuas hati dengan kualiti persembahannya pada konsert minggu ketiga Ahad lalu.

Kata Aqasha yang diberikan tugas menyanyikan lagu Cinta Tak Keruan (Amigos) berentak dangdut, dia berharap dapat mencantikkan formasi lagu itu jika diberikan lebih masa.

"50 peratus sahaja saya berpuas hati sebab dangdut bukan lagu yang boleh dinyanyikan sewenang-wenangnya tetapi perlu lengkap dengan pergerakan dan lenggok suara tersendiri.

"Lagu itu bukan forte saya dan jika diberikan lebih peluang saya mahu memperelokkan bahagian rap dan lenggok lagu itu.

"Namun, saya tidak mahu menjadikan waktu sebagai alasan kerana sudah menjadi tanggungjawab untuk saya membuat yang terbaik setiap minggu," katanya kepada Astro Gempak.

Aqasha menduduki tangga ke-9 daripada 11 bintang yang bertanding untuk konsert ketiga minggu lalu.

Mengakui sentiasa bersedia dengan sebarang kebarangkalian untuk tersingkir pada setiap minggu, bagaimanapun jelas Aqasha, dia perlu memberikan lebih tumpuan pada setiap minggu.

"Apabila saya sendiri rasa tidak puas hati dengan persembahan saya pada malam itu, saya akur dengan sebarang keputusan juri.

"Alhamdulillah berkat doa orang tua dan peminat, ada lagi rezeki saya di GV4.

"Baru sekarang saya rasa besar sungguh cabaran untuk menyanyikan lagu yang genrenya asing dan tidak pernah terfikir untuk dinyanyikan," tambah Aqasha.

Pada konsert keempat GV4 minggu ini, Aqasha bakal berduet dengan Tomok untuk menyanyikan lagu Cinta Ini Membunuhku (D'Masiv).

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @theaqasha