Menakutkan! Jeritan nyaring di taman tema LEGOLAND Malaysia Resort buat semua pengunjung terkejut.

Hos Awal Ashaari dan Sherry Alhadad pun turut terkejut apabila peserta tiba-tiba menjerit dengan kuat ketika sedang melakukan salah satu cabaran di Famili LEGOLAND.

Dalam episod keempat minggu ini, selain daripada tugasan yang menguji ketahanan fizikal, kumpulan biru dan merah juga terpaksa bersaing dalam cabaran yang menguji minda masing-masing.

Kumpulan mana yang bakal memenangi kedua-dua cabaran ini?

Jangan lupa saksikan Famili LEGOLAND pada setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Sabtu, 10 pagi di Astro Ceria (611).



Pastikan anda menonton kesemua enam episod yang disiarkan untuk mengalami sendiri keseronokan dan tarikan berbeza yang terdapat di Legoland Malaysia resort.

Penonton juga dapat mengetahui segala jenis pertunjukkan dan ride yang terdapat di LEGOLAND Malaysia Resort, selain dapat dapat melihat sendiri keunikan Hotel bertema LEGOLAND.

Tak rugi jika anda menonton program realiti pertama LEGOLAND ini kerana ada tawaran pakej istimewa Famili LEGOLAND. Saksikan rancangan ini untuk mendapat maklumat lanjut. Jangan terlepas peluang ya!