Penyanyi terkenal Yuna kini sedang rancak membuat persiapan menjelang hari bahagianya bersama tunangan, Adam Sinclair.

Biarpun masih belum mengumumkan tarikh rasmi majlis pernikahan pasangan itu, Yuna semalam telah memuat naik status sedang membeli fabrik untuk busana perkahwinannya.

"Baru sahaja membeli fabrik untuk baju kahwin saya," tulisnya di Twitter awal pagi semalam.

Status itu mengundang reaksi teruja peminat yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan sudah tidak sabar untuk menyaksikan bintang antarabangsa itu bersanding dengan pasangannya.

"Alamak! Tak sabar pula rasanya," tulis @mochvm.

"Semoga segala urusan dipermudahkan," tulis @_juliyana.

"Semoga berbahagia hingga ke syurga," ucap @ftinatiqah.




Yuna, 31, telah mengikat tali pertunangan dengan Adam Sinclair pada 5 Ogos lalu di kediaman lelaki itu di Shah Alam, Selangor selepas berkenalan sejak tahun 2013.

Keluarga Adam telah merisik Yuna pada 27 Mac lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @yunazarai