Jika sebelum ini penyanyi Victoria Beckham terkenal dengan penampilan yang seksi dan bergaya, tetapi tidak untuk gaya terbaharunya di majalah Vogue.

Isteri kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham itu tampil dengan hanya berbaju tidur untuk sesi penggambaran majalah tersebut.

Berkata kepada Vogue, Victoria mendedahkan dia pernah berpakaian tidak sempurna dan memalukan sebelum berada di dalam kumpulan Spice Girls.

Pun begitu hasil daripada gambar sesi fotografi itu Victoria yang memakai baju tidur nampak sangat santai dan bergaya dengan caranya tersendiri.

Ibu kepada empat orang anak itu bakal tampil dengan gaya tersebut dalam majalah Vogue edisi Disember ini.



Sumber: Daily Mail