Penyanyi Stacy mengakui dirinya kerap memuat naik foto bersenam di gimnasium sejak kebelakangan ini.

“Saya akui, saya sering memuat naik foto-foto bersenam di gimnasium. Saya tiada niat menunjuk, tetapi saya mahu aktiviti itu menjadi satu ikutan ramai wanita di luar sana untuk membina stamina.

“Selepas bersalin anak sulung, berat badan saya naik mendadak dan saya tak boleh menyanyi. Sesi senaman banyak membantu saya mengembalikan stamina dan mengurangkan berat badan,” kata Stacy.

Kini Stacy sudah berjaya mendapatkan kembali berat badan asal sebelum bersalin.

“Sebelum bersalin, berat badan asal saya 52 kilogram. Ketika hamil, berat badan saya mencecah lebih 70 kilogram.

“Selepas melahirkan anak, berat badan saya susah untuk kembali kepada asal dan berlegar sekitar 60 kilogram. Alhamdulillah, bersenam di gimnasium memang banyak membantu saya kembali ke berat badan asal,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Stacy kini sedang dalam rangka promosi lagu terbarunya yang berjudul Cakap ke Tangan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @stacyanam

Jangan x percaya first time workout dengan trainer ni sampai saya termuntah? ini semua salah beyya bagi mami makan kek sebelum workout tadi?? Thanks coach @reen_saiden kerana bersabar dengan kerenah sot saya tadi dan banyak bagi tips yang membantu untuk nak start fit balik ni hahaha.. Esok sambung lagi??? #peningkepalaterus #muntahkeksibeyya??

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Day 2 : Workout @reen_saiden ????

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on