Pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa mengakui sukar untuk dirinya membawakan watak Helena dalam drama bersiri Red Velvet.

Menerusi drama bersiri arahan Hadith Omar ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, menghidupkan karakter seorang gadis berusia 22 tahun dan bergandingan bersama Alif Satar yang membawa watak Izzat.

“Watak Helena berbeza dengan karakter sebenar saya. Helena seorang remaja yang sedikit ‘lost’.

“Pada minggu pertama penggambaran, saya akui saya belum mendapat ‘feel’ yang sebenarnya untuk membawakan watak Helena,” kata Neelofa.

Selepas banyak berbincang dengan pengarah dan Alif, Neelofa mula menemui rentak.

“Saya banyak berbincang dengan Hadith dan Alif mengenai cara untuk menghidupkan Helena.

“Syukur Alhamdulillah, selepas masuk minggu ketiga, saya mula mendapat rentak yang dikehendaki dan berjaya menjiwai Helena,” katanya lagi.

Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @neelofa