Lelaki yang pernah dipenjarakan kerana menendang seorang wanita dari belakang hingga mengakibatkan wanita berkenaan tersungkur kembali melakukan aktiviti 'gila' tersebut.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar media sosial, lelaki yang sama dilihat menendang seorang wanita ketika hingga wanita berkenaan jatuh terduduk.
Dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira 1.30 petang, lelaki berkenaan dilihat menendang belakang badan mangsa mengakibatkannya jatuh terduduk di tangga jejantas sebelum lelaki berkenaan berlalu pergi.
Kejadian terbaru Isnin lalu berhampiran jejantas dari Bank Negara Malaysia ke Jalan Raja Laut
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan lelaki berkenaan adalah individu yang sama pernah ditahan dahulu.
"Siasatan awal kami mendapati lelaki berkenaan telah dibebaskan daripada penjara Julai lalu akibat kesalahan yang sama sebelum ini.
"Berdasarkan kes terdahulu, kami mengesyaki suspek mengalami kecelaruan mental, namun kami masih menungu laporan perubatan mental suspek," katanya.
Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Marmi Zabrin Mian, 33, atas kesalahan menendang belakang Shakira Mohd Khalid, 28, setiausaha di Bukit Aman, tanpa sebab.
Kejadian yang berlaku pada Julai 2016. Lelaki yang menendang wanita dari belakang dihukum penjara tiga bulan.
Tambah Shaharuddin, pihaknya masih berusaha mengesan suspek dan akan mempertimbangkan untuk mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik terhadap suspek bagi mengelakkan suspek mengulangi perbuatannya.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Wed Nov 08 2017
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.