Pelakon Uqasha Senrose mengakui kagum dengan selebriti tanah air kerana mereka mempunyai kesabaran yang tinggi.

Menurut Uqasha Senrose, 25, bergelar selebriti bukannya sesuatu yang mudah dan dia harus terbuka menerima kritikan.

"Sejujurnya saya amat kagum dengan kebanyakan selebriti yang ada di Malaysia ini kerana mereka tidak melatah apabila menerima kecaman daripada orang ramai.

"Mereka sentiasa menunjukkan sikap sabar dan tidak memandang kecaman yang diberikan itu sebagai masalah selagi perkara itu tidak menggangu kerjaya mereka.

"Saya yang sering menerima kritikan daripada orang ramai pun kadang-kadang hilang sabar dengan apa yang dikatakan oleh netizen.

"Namun saya cuba mengambil kritikan diberikan itu sabagai perkara yang positif dan cuba belajar sabar kerana risau jika mengeluarkan sebarang kenyataan akan memburukkan lagi keadaan," katanya kepada Astro Gempak.

Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun, kesinambungan Hantu Kak Limah akan kembali menemui penonton pada tahun depan hasil usahasama Infinitus Productions dengan Astro Shaw.

Uqasha memegang watak Puteri Bunian bernama Zaiton yang jatuh cinta pada Husin, karakter utama yang kembali dijayakan Datuk Awie.

Turut berlakon dalam filem ini ialah Zul Ariffin sebagai Encik Solihin, guru silat merangkap agen road tax serta insurans.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi